top of page

Soalan Lazim 

  •  

Bagaimana saya nak menggunakan khidmat / meminta sebut harga kerja?

 

Anda boleh klik butang pesan sekarang atau mengisi Borang Permintaan Sebutharga untuk menggunakan khidmat kami. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi kami di chatbox atau isikan maklumat soalan dalam borang pertanyaan kami di Contact Us. Anda juga boleh merujuk kepada kami melalui panggilan / WhatsApp di 011-1947 9224 / 019-4644531 / 05-4527 571 atau e-mel di -support@maamcartcentrum.solutions

  •  

Adakah jaminan apabila menggunakan servis MAAM Cart Centrum?

 

MAAM Cart Centrum adalah perniagaan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (IP0407515-U). Karya dan hak anda dijamin dalam Terma & Syarat kami. Kami juga memberi jaminan bahawa karya akhir kami adalah asli, berkualiti dan dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

  •  

Bolehkah saya mendapat bayaran balik sepenuhnya sekiranya saya tidak berpuas hati dengan kualiti kerja?

 

Anda berhak mendapat PENGEMBALIAN SEPENUHNYA sekiranya kami gagal siapkan mengikut tarikh akhir anda dan kerja kami tidak memenuhi skop kerja seperti yang dinyatakan oleh pihak anda. Aduan mesti dikemukakan dalam EMPAT BELAS (14) hari selepas anda menerima kerja akhir kami. Sekiranya aduan anda disahkan benar oleh bahagian pengurusan, kami akan mengembalikan dengan menggunakan cek / Paypal / perbankan dalam talian dalam tempoh EMPAT BELAS HARI (14) dari tarikh aduan disahkan benar.

  •  

Bagaimana untuk membuat pembayaran?
 
Kami menerima pembayaran melalui Kad Kredit, Paypal, Stripe, perbankan dalam talian dan pembayaran melalui mesin kaunter / deposit ke akaun Maybank: MAAM CART CENTRUM, NO. Akaun: 55815 4509 143. Pembayaran menggunakan cek mesti dipalang atas nama MAAM CART CENTRUM. Untuk pembayaran menggunakan cek, perkhidmatan hanya dapat dimulakan setelah deposit cek (50%) disahkan dan hasil kerja akhir akan diserahkan setelah kami menerima baki pembayaran.
  •  

Bolehkah saya berjumpa dengan freelancer anda dan bagaimana menghubungi berkenaan kerja yang diberikan?

 

Perkhidmatan yang kami tawarkan adalah secara ONLINE SAHAJA . Sebarang pertanyaan atau perbincangan harus dibuat melalui e-mel rasmi kami di support@maamcartcentrum.solutions, Live Chat di Laman Web kami atau hubungi kami di 605-4527 571 / 011-1947 9224 / 019-4644531

  •  

Apakah hasil kerja akhir?
 

Karya terakhir adalah dalam bentuk softcopy dengan pelbagai format pilihan sahaja. Sekiranya anda memerlukan set hardcopy, kami akan menghantar sebut harga tambahan untuk persetujuan anda.

  •  

Ada deposit untuk menggunakan perkhidmatan ini?

 

Ya. Anda perlu membayar deposit 50% dari jumlah yuran setelah dipersetujui bersama untuk menggunakan perkhidmatan kami sebelum memulakan kerja.

  •  

Berapa caj khidmat?
 

Caj khidmat bersandarkan kepada per projek yang bermula dari Rm85. Harga akhir akan dimuktamadkan setelah dipersetujui bersama antara MAAM Cart Centrum dan pelanggan.

bottom of page